Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut Dalam Kemalangan...

BESUT - Seorang pemandu terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer...

Struktur Pengurusan Bencana Mungkin...

TOKYO - Malaysia sedang melihat kemungkinan untuk mewujudkan struktur baharu dalam pengurusan bencana...

Jenazah A. Rahman Hassan...

KUALA LUMPUR - Jenazah penyanyi veteran popular, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan selamat...

Angkat Muafakat Nasional Jadi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar...

Ahli Politik Perlu Jadi ‘Role Model’ Kepada Rakyat – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayutuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kedatangan Ramadan kali ini menjadi titik mula ke arah penambahbaikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegriti. 

Baginda mahu ahli politik merapatkan saf dengan berganding bahu memerangi penularan wabak COVID-19 demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara. 

Baginda juga mahu meminta ahli politik menjadi ‘role model’ kepada rakyat dalam menyatu dan menguruskan negara dengan baik. 

“Beta menasihati ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungjawab serta amanah dalam membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Beta juga berpandangan bahawa kerajaan yang teguh adalah prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pengukuhan negara yang lestari. 

“Ketika negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak ini, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan jaminan kepada rakyat bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan yang mendukung prinsip keluruhan Perlembagaan Persekutuan akan terus dipelihara di negara ini. 

Baginda menzahirkan pandangan bahawa dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos ini, sewajarnya diberikan kepada usaha melawan wabak COVID-19 dan tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi negara termasuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara. 

Terdahulu, baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan dan menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. 


Baginda juga meminta umat Islam supaya mengaut keberkatan bulan mulia ini untuk meneguhkan lagi ketakwaan dan memperbanyakkan amalan. 

“Umat Islam turut digalak mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna, menggandakan ibadah serta memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan. 

“Semoga kehadiran bulan yang mulai ini disambut dengan insaf dan syukur atas ujian, rahmat dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita,” titah baginda. 

Baginda bertitah, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan (PKP) Pemulihan di negara ini, penganjuran majlis sepanjang bulan Ramadan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah ditetapkan kerajaan. 

“Petugas di barisan hadapan perlu terus tabah menjalani ibadah puasa di dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. 

“Umat Islam di negara ini turut dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian ini dan berdisiplin dalam kawalan kendiri serta mematuhi SOP.

“Seluruh umat Islam wajar mengambil keberkatan Ramadan bagi dan mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati selain wabak COVID-19 dibendung dan diakhiri segera,” titah baginda. – BH Online

Kategori