Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP ‘Bengang’ Polis Tangguh...

KUALA LUMPUR - DAP tidak berpuas hati dengan pengumuman polis menangguhkan sementara siasatan...

Fenomena Supermoon Terakhir Pada...

PUTRAJAYA - Fenomena Supermoon atau dirujuk sebagai perigee iaitu kedudukan bulan berada paling...

Pengguna Lebih Gemari Kaedah...

KUALA LUMPUR - Platform tempahan secara dalam talian, Agoda menyasarkan kaedah tempahan penginapan...

KJ Tercalon Dalam Anugerah...

YA benar, pasti ramai yang terkejut dengan berita ini. Menteri Belia dan Sukan,...

Ahli Perniagaan Rugi Hampir RM30,000 Ditipu ‘Polis’ Di Miri

MIRI – Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM28,548 apabila ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kes terbaru Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Lim’ semalam.

“Mangsa diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah ke atas mangsa kerana didakwa terlibat dalam pemalsuan kad kredit Maybank dan mangsa menerima bayaran RM273,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa diarahkan oleh lelaki berkenaan untuk memberi nombor akaun bank milik mangsa dan setelah diberi semua maklumat dipinta, mangsa menerima mesej berlaku tiga transaksi pemindahan wang.

Beliau berkata, transaksi pemindahan wang tersebut melibatkan tiga akaun berbeza berjumlah keseluruhan RM28,548 tanpa pengetahuannya dan mangsa terus membuat laporan polis semalam.

Mustafa Kamal berkata kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bertugas sebagai penyelia di sini yang dihubungi seorang individu mendakwa dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 Nov lepas.

Menurutnya mangsa didakwa oleh individu berkenaan bahawa mangsa perlu hadir ke mahkamah untuk kes pinjaman kad kredit namun mangsa menafikan membuat sebarang pinjaman.


“Mangsa kemudian disambungkan ke IPK Melaka bagi membolehkan laporan polis dibuat melalui telefon dan mangsa sekali lagi didakwa terlibat dalam kes jenayah lain iaitu pengubahan wang haram dan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, mangsa telah diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke dua akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan RM6,300 pada 21 Nov dan 3 Dis.

Beliau berkata, mangsa menyedari ia satu penipuan dan membuat laporan polis semalam. – BERNAMA

Kategori