Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli UMNO Mahukan ‘Poster...

Aku tertawa kecil membaca bicara Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa anggota UMNO peringkat...

Harga Petrol RON95, RON97,...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen kepada RM1.73...

Banjir Di Yan: 166...

YAN - Empat buah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi bagi menempatkan 166...

Pakaian Stacy Kontroversi, Akim...

TIDAK mahu peminat terus bertelagah sesama sendiri, penyanyi Akim Ahmad bertindak memadam gambarnya...

‘Berputih Mata’ Lamborghini RM800K Dilarikan

SEORANG ahli perniagaan ‘berputih mata’ apabila kereta mewah Lamborghini miliknya yang berharga RM800,000 dibawa lari oleh tiga penjenayah yang bersenjatakan parang, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, 31, yang memandu bersendirian dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW di Jalan Wawasan, Puchong.

'Berputih Mata' Lamborghini RM800K Dilarikan

Seorang sumber polis memberitahu Harian Metro, kemalangan kecil itu sekali gus menyebabkan mangsa terpaksa berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan yang dialami.

“Salah seorang suspek kemudian keluar dari kenderaannya dan ‘berlakon’ berbincang dengan mangsa berhubung kerosakan kereta ‘sport’ itu,” kata sumber itu.

Ketika sedang dalam perbincangan itu, dua lagi suspek kemudian keluar dari BMW itu dengan parang ketika mangsa mengambil foto kedua-dua kereta itu.


Mangsa yang ketakutan melarikan diri apabila diancam oleh suspek, sebelum mereka melarikan Lamborghini tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: HARIAN METRO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori