Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerana Khabar Angin WhatsApp,...

GARA-GARA percaya khabar angin disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp, sekumpulan penduduk telah membelasah dua...

Lelaki Lolos Polis Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki memandu secara merbahaya ketika memecut kereta yang membawa...

Meliani, Gadis Berhijab Yang...

BUAT kaki-kaki rockers di luar sana, apakah perasaan bila melihat aksi seorang gadis bermain...

PM Lancar Kempen ‘Beyond...

PUTRAJAYA - Malaysia melancarkan kempen kesedaran jenama, 'Beyond Nations', usaha untuk melonjakkan serta...

Ahli Parlimen Sepakat Sejahtera Semula Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat menyahut seruan dan titah Yang di-Pertuan Agong untuk memfokuskan usaha melawan pandemik COVID-19 dan memulih negara serta mensejahterakan semula kehidupan rakyat.

Ahli Parlimen Gombak, yang juga Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tekad untuk terus memberi komitmen bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia.

“Saya akan terus memberikan komitmen bagi mengukuhkan ekonomi demi masa depan Keluarga Malaysia,”katanya menerusi laman media sosialnya, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak pula mengharapkan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang membuka tirainya hari ini, berjalan lancar dan membawa manfaat kepada semua rakyat.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, pula berharap semua Ahli Parlimen mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Selamat bersidang kepada semua rakan, kita utamakan kepentingan negara dan rakyat. Bersama kita menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau akan terus fokus untuk membawa suara rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.


“Kembali berkhidmat di Parlimen. Proud to be back (bangga dapat kembali). Saya akan fokus bawa suara rakyat, tidak kira agama dan bangsa. Ini rumah kita bersama, Malaysia,” ciapnya di Twitter.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, dalam ciapan di Twitter juga berkata, Ahli Parlimen perlu menjaga kemuliaan institusi Parlimen sebagai simbol kemerdekaan negara, institusi perundangan dan tempat membawa suara rakyat.

“Parlimen adalah simbol kemerdekaan negara, institusi perundangan dan tempat membawa suara rakyat. Adalah tanggungjawab setiap Ahli Parlimen untuk menjaga integriti institusi negara ini,” ciapnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata tumpuan sidang kali ini sudah pasti kepada Titah Diraja, berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Oktober 2021.

“Semoga persidangan ini nanti akan berjalan dengan lancar dan terhindar daripada ancaman pandemik COVID-19,” katanya menerusi akaun media sosialnya hari ini. – BH Online

Kategori