Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembantu Tadbir Didakwa Buat...

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Implan Silikon Zakar Palsu...

IA kedengaran seperti sesuatu yang pelik tapi itulah yang menjadikan Gregg Miller sebagai...

PRN Sabah: Proses Pengundian...

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sabah bermula 8 pagi ini bagi membolehkan...

Malang… Wanita Tersekat Kaki...

RAKAMAN lucu menunjukkan seorang wanita China terperangkap kaki pada pagar pembahagi jalan ketika...

Ahli Parlimen Ranau Nafi Keluar PKR

KEDUDUKAN Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dalam PKR masih dalam perbincangan.

Melalui satu status yang dimuat naik di Facebook sejam lalu, Jonathan menyatakan isu kedudukan beliau akan dibincangkan petang ini.

“Apa-apa isu mengenai kedudukan saya dalam parti akan saya bincang dengan ahli AJK / Biro parti petang ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Jonathan menafikan beliau keluar parti bersama kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Selepas tiga hari, beliau menulis di Facebook bahawa masih ahli PKR dan akan menjelaskan perkara itu kepada jawatankuasa pusat parti berkenaan hari ini.


“Saya masih dalam PKR. Saya juga menafikan memberi persetujuan meninggalkan PKR,” katanya.

Sebelum ini media turut melaporkan seramai 11 Ahli Parlimen mengumumkan keluar PKR dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen. – myMetro Online

Kategori