Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca...

IPOH - Seorang pelanggan McDonald's mendakwa adik perempuannya mengalami kecederaan di bahagian tekak...

Dipenjara Kerana Perkosa Isteri...

SEORANG lelaki Romania yang berusia 25 tahun telah dipenjarakan selama enam tahun selepas...

Kematian Kasanova Akibat HIV...

BERPULUH-PULUH wanita panik dengan kematian seorang lelaki di Bucharest, Romania apabila mengetahui lelaki...

Bekas Pemimpin Parti Politik...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pemimpin kanan sebuah...

Ahli Parlimen PKR Keluar Parti Kena Bayar RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Sejumlah sembilan Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti hari ini akan dikehendaki membayar RM10 juta kerana melanggar perjanjian parti.

Menurut surat akujanji parti itu, terdapat klausa bahawa sesiapa yang menjadi calon bagi mewakili PKR terikat kepada perjanjian yang ditandatangani oleh mereka pada 25 April 2018.

“Saya terikat untuk membayar Parti Keadilan Rakyat RM10 juta atas terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

“Saya mengakui PKR parti politik yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 1999 dan telah mengalami perbelanjaan besar dalam mempromosikan nama “Parti Keadilan Rakyat” dan penggunaan logo, lambang dan bendera parti dan dukungan oleh anggota parti yang merupakan nilai sumbangan kepada seseorang yang ingin bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),” tulis akujanji itu.

Hari ini sembilan Ahli Parlimen PKR antaranya Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar; Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin bertindak keluar parti.


Kesemua mereka bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bertindak keluar parti beramai-ramai.

Bagaimanapun, Azmin dan Zuraida dipecat oleh parti berkuasa serta merta.

Arahan untuk membayar denda itu berkuatkuasa selama tujuh hari berdasarkan perjanjian yang ditandatangani mereka. – MalaysiaGazette

Kategori