Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Terlibat...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan sepasang suami isteri disyaki geng pecah...

Kes Sporadik Punca Jangkitan...

PUTRAJAYA - Orang ramai perlu menggunakan alat perlindungan peribadi seperti pelitup muka berikutan...

Zionis Dan Myanmar Sama...

RATHEDAUNG di Arakan, kini senasib dengan Khan Younis di Gaza. Dua petempatan dalam...

2 Rakan Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang warga Myanmar dan seorang warga India didakwa di Mahkamah...

Ahli Parlimen PKR Buat Gangguan Seks Bekas Pegawai

PETALING JAYA – Seorang wanita yang pernah bekerja dengan seorang ahli Parlimen PKR mendakwa dia menganggunya berulang kali dan sudah membuat laporan polis.

Wanita itu, yang identitinya dirahsiakan, dalam laporan polisnya berkata dia pernah berkhidmat dengan ahli Parlimen itu sebagai seorang pegawai penyelidik Parlimen sejak 9 Mei tahun lepas serta bendahari PKR bahagian di Perak.

Beliau mendakwa tingkah laku ahli Parlimen terhadapnya berubah antara Disember tahun lepas dan April tahun ini, di mana dia memanggilnya “ammu” dan “cayang” pada setiap kali pertemuan.

“Tingkah lakunya bertambah buruk apabila beliau mula menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Wanita itu berkata dia beberapa kali menasihatnya kerana ahli Parlimen itu sudah berumahtangga dan seorang wakil rakyat.

“Sungguh mengecewakan beliau tidak pernah mengendahkan nasihat saya dan masih meneruskan gangguan,” katanya.

“Saya pernah sekat semua panggilan beliau kerana perbuatan beliau yang agak melampau yang asyik membuat panggilan sehingga mencecah 50 kali dalam sehari,” katanya dalam laporan polis yang dilihat FMT.

Wanita itu mendakwa setiap kali ahli Parlimen itu menangis dan memberikan alasan dia ketandusan kasih sayang dan ingin mencari cinta sebenar.

“Saya pernah beberapa kali secara lisan menyatakan perletakan jawatan saya akan menyusul sekiranya dia masih berperangai sedemikian.”

Wanita itu menghantar meletakkan jawatan melalui WhatsApp pada Disember tahun lepas kerana tidak tahan dengan “gangguan berunsur seksual” yang dilakukan beliau.

“Beliau pada keesokan harinya, sampai ke rumah saya dan meminta maaf secara bertalu-talu dan menangis tidak akan berulang perbuatan beliau.

“Beliau juga berjanji dan bersumpah di hadapan suami saya di mana beliau amat memerlukan perkhidmatan saya dan tidak akan mengulangi kesilapan dia,” katanya.


Bagaimanapun, wanita itu mendakwa, pada hujung April wakil rakyat itu sering membuat panggilan video dan mempamerkan buku Kamasutra kepada saya serta gambar-gambar wanita yang lucah.

“Pada ketika itu, saya hilang sabar dan segera memaklumkan kepada suami saya,” katanya.

Suaminya menasihatkan wanita itu supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera dan pada 30 April, “saya menghantar surat perletakan jawatan saya secara muktamad.”

“Saya terpaksa berbuat sedemikian untuk menyelamatkan rumahtangga saya walaupun saya minat dengan tugas kerja sebagai pegawai penyelidik Parlimen, di mana saya pernah membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan Parlimen itu dalam jangka masa yang singkat,” katanya.

Wanita itu nekad melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa kerana trauma.

“Saya membuat laporan ini dengan menyeru polis untuk menyiasat ahli Parlimen itu kerana melakukan perbuatan kesalahan jenayah iaitu menggoda isteri orang dengan niat untuk bersenggama serta cuba merosakkan rumahtangga saya.

“Perbuatan dia yang melampau tidak mencerminkan sifat seorang individu yang wajib digelar sebagai Yang Berhormat, dan langsung tidak dapat dikompromi sama sekali kerana ini melibatkan soal integriti dan tata susila ahli Parlimen,” katanya.

FMT cuba menghubungi wakil rakyat terbabit tetapi belum berjaya. – FMT

Kategori