Ahli Parlimen, Menteri Kabinet Tiba Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Kenderaan-kenderaan yang membawa Ahli Parlimen dan Menteri-Menteri Kabinet dilihat mula memasuki kawasan bangunan Parlimen bermula 9 pagi tadi bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini.

Pergerakan memasuki ke Bangunan Parlimen itu dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kawalan dan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan di pintu masuk utama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Hampir 100 pengamal media tempatan dan antarabangsa juga sudah mula berkumpul di luar bangunan Parlimen pada 7.30 pagi untuk membuat liputan, dengan cuaca cerah dan agak panas. 

Persidangan sehari Dewan Rakyat akan menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Titah Diraja.