Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Palsu Beg Rosmah,...

PORTAL berita kontroversi, Sarawak Report (SR) terus melontar fitnah apabila menyiarkan gambar beberapa...

SKMM Siasat 16 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan...

Pesawat Next-Generation Boeing 737-800...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) bersedia untuk menyambut ketibaan pesawat Boeing 737,...

Harga Minyak Disember 2016...

HARGA jualan runcit minyak petrol RON95 dan RON97 serta diesel untuk Disember 2016...

Ahli Parlimen Jelutong Ada Jasa Kepada Utusan – Najib

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempunyai jasa kepada Utusan Malaysia apabila akhbar berusia 80 tahun itu tidak ditutup sebaliknya meneruskan operasi dan penerbitannya hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kegembiraan Rayer terhadap berita bahawa Utusan akan ditutup menjadi punca lebih ramai orang menyokong Utusan.

“Jelutong ini ada jasa kepada Utusan. Kenyataan semalam bahawa dia happy (gembira) adalah antara punca lebih ramai orang lagi meyokong Utusan.

“Oleh itu, Utusan tak jadi tutup. Terima kasih Jelutong,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Semalam pentadbir Facebook Ahli Parlimen Jelutong itu berkongsi kenyataan daripada Rayer antara lain menyifatkan ‘kematian’ Utusan Malaysia satu kejayaan besar Pakatan Harapan (PH) yang ingin menghapuskan sifat perkauman.

“Saya fikir kematian Utusan akan menjadi kejayaan kepada Pakatan Harapan yang paling besar apabila kita berusaha menghapuskan perkauman di negara ini dan meraikan 62 tahun kemerdekaan,” kata kenyataan tersebut.


Rayer bagaimanapun menarik balik kenyataan berkenaan atas alasan pembantunya menghantar kepada pihak media tanpa sempat beliau menyemak isi kandungan terlebih dahulu.  

Dalam kenyataan terbaharu yang masih dipaparkan di Facebook beliau, Rayer mendakwa Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang tidak menyumbang kepada sebarang bentuk pembangunan serta integrasi negara selepas kemerdekaan.

“Beberapa tahun yang lalu, akhbar ini membawa tajuk berjudul ‘Apa lagi Cina mahu?’. Mungkin disokong oleh pemimpin-pemimpin penting yang pernah berkuasa dalam UMNO serta mempunyai kawalan ke atas semua institusi kerajaan termasuk polis yang menggalakkan editor dan penulis Utusan untuk sentiasa mengagungkan undang-undang.

Utusan juga sering digunakan untuk menumpukan kepada pemimpin Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) hingga terpaksa membawa kepada tindakan undang-undang dan saman kerana memfitnah,” kata Rayer. – UTUSAN ONLINE

Kategori