Ahli Parlimen India Jatuh Pembetung Ketika Lawat Kawasan

SEORANG Ahli Parlimen wanita di India cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam pembetung ketika sedang ditemuramah sebuah stesen televisyen tempatan, baru-baru ini.

Ketika kejadian, Ahli Parlimen dikenali sebagai Poonam itu sedang bersama dengan penduduk di Bandar Vododara, Gujerat untuk melawat kawasan parlimennya.

Bagaimanapun, ketika Poonam sedang bercakap kepada pemberita, penutup pembetung itu runtuh dan menyebabkan wanita itu dan ahli rombongan serta penduduk terjatuh ke dalam air.

poonam1

Turut sama terjatuh ialah empat penduduk dan mereka turut mengalami kecederaan ringan.

Sejurus diselamatkan, Poonam terus dikejarkan ke hospital berdekatan.

Selain kepala, Poonam turut cedera di kedua-dua belah bahunya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...