Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Krisis Rusia-Ukraine: Peluru Berpandu...

KUALA LUMPUR : Serangan ketenteraan Rusia di Ukraine terus berlarutan masuk hari kedua.Jurucakap...

Dr. Hilmi Tak Layan...

BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyifatkan cabaran...

Anwar Sebagai Calon PM...

KUALA LUMPUR - Menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-7...

BNM Tidak Iktiraf Platform...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah mengiktiraf Coinzer, satu platform...

Ahli Parlimen Bukit Gantang Nafi Sertai PKR

IPOH – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan laporan bahawa beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau menegaskan beliau tidak pernah memohon untuk menyertai mana-mana parti selepas keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tahun lalu.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya kekal Bebas dan tidak menyertai mana-mana parti.

“Pihak yang mengeluarkan berita tidak benar ini seharusnya bertanggungjawab dan menarik balik (laporan) bagi membersihkan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, dalam kenyataan malam tadi dilaporkan berkata permohonan Syed Abu Hussin untuk menyertai parti itu dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini selepas melalui penelitian.


Syed Abu Hussin mengumumkan keluar daripada UMNO dan BN pada 27 Jun 2018 selepas merampas kerusi Bukit Gantang daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dengan 15 daripadanya milik PH terdiri daripada DAP (7), PKR (3), Amanah (2), Bersatu (3), manakala Barisan Nasional (8) dan Bebas (1).

Kategori