Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak 11 Tahun Pandu...

GARA-gara terlalu obses dengan kereta, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadikan Internet sebagai...

Bosan Lama Tunggu Dalam...

MADRID – Seorang penumpang Ryanair dari London, Britain ke Malaga di selatan Sepanyol,...

Penganjur Bersih 5 Dakwa...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan...

APMM P.Pinang Tahan Bot...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat nelayan...

Ahli Parlimen BN Kena Masuk Kelas Pidato!

PANDAI Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhujah dan berbahas di Dewan Rakyat semalam.

Paling hebat pastinya Ahli Parlimen Pandan a.k.a pakar propaganda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli@Piji.

Terpesona sekumpulan mahasiswa menyaksikan kepetahan Si Piji bermain lidah, bertutur kata dengan karakter yang sangat meyakinkan.

Gua yang turut berada di Parlimen terdengar komen beberapa mahasiswa mengenai Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

“Hebat YB Rafizi (Piji) bercakap. Memang “best”,” kata seorang mahasiswa selepas mereka keluar dari Dewan Rakyat.

Mengapa Piji begitu hebat berbahas? Jom kita selidik sedikit latar belakang YB Piji berdasarkan profail yang pernah disiarkan oleh partinya:

– Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.

– Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.

– Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Piji sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang manusia yang pandai berkata-kata dan berpidato.

Gua turut mendengar hujah Piji mengenai GST, MARA dan Tabung Haji di Dewan Rakyat petang semalam.

Gua yakin mahasiswa terbabit memuji Piji kerana menilai pada karakter dan karismanya bermain dengan ayat.

Tanpa menyedari hakikat Piji sedang mengitar semula dakyah-dakyah yang pernah dia lemparkan ke atas kerajaan sebelum ini.

Jika mahasiswa terbabit membuat “homework”, pasti mereka sedar segala yang dibangkitkan Piji telah pun dijawab dengan baik oleh pihak kerajaan.

Realitinya, Piji terus mengungkit tuduhannya berulang-ulang kali bukan kerana dia tidak percaya dengan jawapan yang telah diberikan.

Niatnya cuma satu iaitu mencipta persepsi negatif ke atas kerajaan, Berulang-kali dituduh jahat maka akhirnya akan dipercayai jahat. Abaikan semua jawapan diberi.

Malang sekali kerana gua terpaksa akui di sini bekas juara pemidato itu telah pun berjaya mencipta persepsi itu.

Apapun itulah perbezaan ketara di antara Ahli Parlimen Pakatan Harapan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Pada waktu majoriti Ahli Parlimen Pakatan Harapan terdiri daripada para pemidato yang hebat mencipta kritikan untuk meruntuhkan negara dan kerajaan.


Rata-rata Ahli Parlimen BN pula cuma perencana dan pentadbir amanah rakyat untuk memajukan dan membina Malaysia ke arah yang lebih baik.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan manis di bibir pandai bermain lidah, Ahli Parlimen BN masin di bibir kerana sibuk memikirkan hal negara.

Lagipun cerita tentang teori konspirasi oleh media asing dan pemimpin pembangkang yang penuh dengan unsur suspen memang seronok didengari.

Penerangan tentang kebenaran berdasarkan angka dan data oleh badan penarafan antarabangsa Fitch Ratings pula amatlah membosankan.

“Mana sumber yang perlu dipercayai mengenai kedudukan sebenar ekonomi Malaysia?” soal Ahli Parlimen BN Bagan Serai, Dr. Nor Azmi Ghazali.

“Wall Street Journal (WSJ) yang mencari keuntungan berdasarkan berita sensasi atau Fitch Ratings yang membuat penilaian berdasarkan data-data ekonomi?”

Belum sempat Nor Azmi menghabiskan hujah itu di Dewan Rakyat, beliau diganggu dengan hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Begitulah kebijaksanaan para pemidato Pakatan Rakyat mengurangkan impak hujah Ahli Parlimen BN dengan menjejaskan emosi mereka.

Bagaimanapun, sepandai-pandai Piji berhujah terkucil jua apabila dia disoal oleh Ahli Parlimen BN Bandar Kulim.

Soalan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir cukup mudah sama ada Piji telah melihat dokumen perjanjian Tabung Haji yang dikecam teruk olehnya di Dewan Rakyat.

Piji dengan selamba mengaku dia belum pernah melihat dokumen itu tetapi pastinya seorang johan berpidato mampu sahaja memutarbelitkan soalan untuk menyelamatkan diri.

Oleh itu gua nasihatkan Ahli Parlimen sila sertai kelas berpidato dengan segera.

Sebahagian masyarakat tidak menilai kebenaran berdasarkan data dan statistik sahih.

Mereka ini menilai kebenaran berdasarkan siapa yang pandai berkata-kata.

Pada mereka siapa yang pandai ‘berpidato’ itulah manusia-manusia yang benar.

Oleh: @taspagar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori