Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Boleh Maju...

KANGAR - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam boleh...

Kit Siang Yakin Tsunami...

KUALA LUMPUR - DAP yakin Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menyaksikan gelombang...

AirAsia X Lantik Nadda...

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd melantik Nadda Buranasiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif...

Mindef Sedia Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di...

Ahli Parlimen Bertugas Seperti Biasa, Hanya Sidang Digantung

KUALA LUMPUR – Kedudukan dan tanggungjawab Ahli Parlimen termasuk aktiviti kaukus serta Jawatankuasa Pilihan Khas masih berjalan seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pelaksanaan perintah darurat di seluruh negara yang berkuat kuasa sehingga 1 Ogos ini, bukan bererti Parlimen dibubarkan.

Azhar berkata, hanya proses perundangan Dewan Rakyat tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh darurat.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan dan tanggungjawab semua Ahli Parlimen sebagai wakil rakyat, tetap sama seperti sedia kala dan berterusan kerana persidangan Parlimen sekadar digantung.

“Oleh itu, semua aktiviti kaukus atau kumpulan rentas parti Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan masih boleh diteruskan.

“Kecuali aktiviti itu dikekang oleh apa-apa ordinan yang boleh digubal oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut kuasa baginda dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

Kategori