Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekalan Darah Di HRPZII...

KOTA BHARU - Tabung darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kini...

TPPA Beri Manfaat Sektor...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada sektor kritikal,...

Permainan Tradisional Pupuk Perpaduan...

KUALA LUMPUR - Masih ingatkah anda dengan permainan lompat getah, batu seremban, teng-teng,...

Liow Ulangi Pendirian Pertahan...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka menegaskan semula...

Ahli Parlimen Bandar Kuching Pulih Dari COVID-19

KUCHING – Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii yang disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac lepas, mengumumkan beliau kini telah pulih daripada jangkitan virus itu dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, beliau berkata Jabatan Kesihatan telah memaklumkan kepadanya hari ini bahawa dua ujian terakhir yang dijalankan menunjukkan beliau negatif COVID-19 namun akan meneruskan pengasingan diri selepas dibenarkan keluar hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Memandangkan dua ujian menunjukkan keputusan yang baik, doktor membuat keputusan membenarkan saya keluar dari hospital namun perlu terus berjaga-jaga,” katanya.

Yii turut memuji petugas Hospital Umum Sarawak yang banyak membantu dan sangat profesional ketika merawat beliau.

“Saya berpeluang melihat sendiri sikap kemanusiaan yang terbaik apabila doktor dan jururawat serta pihak penjagaan kesihatan yang lain termasuk pencuci yang bekerja keras semata-mata mahu memastikan kami selamat, menjaga kami dan melindungi masyarakat secara keseluruhannya,” katanya sambil meminta orang ramai supaya terus memberikan sokongan penuh kepada Jabatan Kesihatan pada masa sukar ini.

Kategori