Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Punyai Rekod Baik...

LABUAN – Bekas Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata Barisan Nasional (BN)...

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Mesyuarat Cawangan, Perwakilan Diteruskan...

KUALA LUMPUR : UMNO akan meneruskan agenda mesyuarat peringkat cawangan dan perwakilannya di...

Muka ‘Pecah Rumah’ Buat...

Menjadi seorang artis memang menyeronokkan lagi-lagi bila sering jadi rebutan syarikat untuk dijadikan...

Ahli Majlis Daerah Perlu Prihatin Keperluan Rakyat

TAWAU – Ahli Majlis Daerah perlu mengutamakan keperluan rakyat dalam melaksanakan pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Beliau berkata mereka perlu kerap turun padang dan mengadakan aktiviti bagi memudahkan untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi rakyat.

“Bahkan beri pemahaman kepada rakyat mengenai kesedaran mematuhi perundangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain memfokuskan isu seperti air, elektrik, tanah dan kesihatan untuk diselesaikan,” katanya pada majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Daerah Tawau sesi 2018-2020 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 24 Ahli Majlis Daerah dan 12 Anggota Bersekutu untuk Tawau menerima watikah pelantikan masing-masing.

Liew yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata ​​​​​​​Ahli Majlis Daerah juga perlu berperanan sebagai ejen menyuarakan kepentingan rakyat dan seterusnya memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar serta peraturan yang ditetapkan kerajaan. – BERNAMA

Kategori