Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MOF Nafi Dakwaan Aset...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang...

Pemandu Van Putih Dicari

Johor Bahru : Pemandu van putih dicari bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan...

Ikan Air Tawar Kini...

KANGAR - Tidak ada kurangnya memakan ikan air tawar dari segi rasa dan...

Isu Wang Kelian Belum...

ARAU - Kerajaan Perlis sudah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya...

Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Positif Covid-19

SHAH ALAM – FELCRA Berhad memaklumkan bahawa seorang Ahli Lembaga Pengarahnya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

FELCRA Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi.

Menurutnya, Ahli Lembaga Pengarah itu kali terakhir dilihat berada dalam bangunan Wisma FELCRA pada 25 Februari lalu.

“Ketika ini, keadaan terkawal serta tiada kakitangan lain yang mengalami simptom berkaitan.

“Pihak syarikat telah mengenal pasti staf-staf yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan kesemua mereka kini sedang membuat ujian saringan kesihatan di hospital berdekatan.

“Sehingga kini, mereka masih di dalam ‘self-quarantine’ sehingga pihak hospital dapat memberi keputusan bagi ujian saringan tersebut,” katanya.


Sehubungan, FELCRA Berhad berkata, semua staf di ibu pejabat diarahkan untuk bekerja dari rumah dan dinasihatkan untuk tidak ke luar daerah supaya mudah untuk dihubungi.

Dalam kenyataan sama, syarikat itu memaklumkan bahawa aktiviti dan operasi di peringkat ibu pejabat dihentikan serta- merta bermula hari ini hingga 6 Mac 2020 bagi kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh.

Bagaimanapun katanya, semua operasi di peringkat wilayah dan kawasan diteruskan seperti biasa. – Sinar Harian

Kategori