Ahli Kongres Islam AS Buang Israel Dalam Peta

TEGAS… Wanita Palestin pertama menjadi Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Rashida Tlaib buat kejutan apabila buang nama Israel diganti Palestin pada peta dunia yang terdapat di pejabatnya.

Laman berita Middle East Monitor melaporkan, sejurus selepas Rashida mengangkat sumpah di hadapan Speaker Kongres pada minggu lalu, seorang wartawan BuzzFeed, melawat pejabat baharu beliau di bangunan tersebut.

Pemberita portal itu namun melihat ada ‘sedikit perubahan’ pada peta yang digantung di dinding biliknya. Menerusi gambar disiarkan wartawan itu menerusi akaun sosial Twitter, kertas bertulis ‘Palestin’ dilekatkan di atas Israel.

Tulisan itu turut disertai dengan anak panah bagi tunjuk ke arah Palestin di atas kedudukan negara Israel dalam peta berkenaan. Rashida memulakan misinya di Kongres dengan janji mahu pecat Presiden AS, Donald Trump.

Beliau dan Ilhan Omar dari Somalia merupakan dua wanita beragama Islam pertama dari Parti Demokrat berjaya terpilih jadi anggota Kongres pada pilihan raya pertengahan penggal serentak di seluruh negara akhir tahun ini.

Kedua-dua wanita Muslim tempatan tersebut malahan mengangkat sumpah dengan pegang al-Quran sambil memakai baju tradisional masing-masing dan menjadi Anggota Kongres AS pertama yang berhijab.

Rashida dilahirkan di Detroit namun keluarganya berasal dari Palestin, sekali gus menjadikannya sebagai wanita pertama berketurunan Palestin yang berjaya menduduki kerusi Kongres AS. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...