Ahli Gusti Wanita Jual Gambar Najis Jana Pendapatan

BEKAS bintang WWE dan model alternatif, Shotzi Blackheart atau nama sebenarnya Ashley Urbanski menawarkan peluang kepada peminatnya di media sosial untuk membeli gambar najisnya.

Apa yang lebih menghairankan, ada peminat yang sudi mendapatkan gambar itu.

Shotzi telah mengenakan bayaran $5 (RM20) untuk sekeping gambar yang menunjukkan najis di dalam sebuah mangkuk tandas.

Ahli gusti wanita dari California yang kini bekerja dengan Atlet Wanita SHIMMER dan RISE Wrestling itu membuktikan bahawa pelayar Twitter sanggup membeli gambar aneh.

Satu tangkapan skrin menunjukkan seorang pembeli misteri membuat transaksi tersebut, sambil menambah: “Untuk makluman anda, saya melakukan ini (membeli gambar) untuk menyokong anda bukan kerana saya seorang yang aneh.”

Shotzi hanya menjawab: “Apa-apa pun, tidak perlu menghakimi di sini. Selamat datang ke elit tandas!”

Ahli gusti itu mula mengiklankan gambar najisnya pada Ahad, iaitu hari yang sama dengan penganjuran Superbowl.

Dia memuat naik gambar berserta kapsyen: “Ia Superbowl Ahad! Paypal (bayar) saya $5 dan saya akan menghantar anda gambar najis pagi ini!”

Pelayar Twitter kemudian berkata: “Superbowl? Lebih seperti toiletbowl!”

Ramai pengikutnya keliru dengan posting tersebut dan bertanya sama ada dia serius.

Gambar najis yang masih ditutup ini dijual pada harga $5 sekeping.

Seorang daripada mereka berkata: “Saya mempunyai banyak soalan dan saya tidak mahu satu soalan pun dijawab.”

Seorang lagi mengulas: “Ini harus menjadi ujian menunjukkan bagaimana sesetengah orang boleh menjadi pelik.”

Sementara itu, seorang lagi berkata: “Saya pernah melakukan perkara lebih teruk untuk mendapatkan wang…”

Bagaimanapun, Shotzi yang suka berjenaka memberitahu warga Twitter untuk lebihkan ketawa selepas ditanya adakah perbuatan itu satu tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wang.

Shotzi turut mengesahkan bahawa jualan gambar itu hanya dibuat sekali sahaja untuk meraikan Superbowl dan meminta orang lain yang terlepas peluang tersebut untuk menunggu sehingga tahun depan untuk mendapatkan gambar najisnya. – Mirror UK