Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Bas Persiaran Berlanggar,...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 30 penumpang sebuah bas persiaran cedera, dua daripadanya parah,...

Pekerja Hotel Palsukan Dokumen...

TAPAH - Seorang pekerja hotel didenda RM15,000 atas pertuduhan memalsukan dokumen bomba pada...

An Najwa ‘Senjata’ Pasukan...

RASA-RASANYA semua sudah sedia maklum akan kejayaan skuad bola jaring yang telah merangkul...

Harimau Yang Pernah Dilepaskan...

Heboh di China, seekor harimau Siberia yang pernah dilepaskan oleh Presiden Russia Vladimir...

Ahli Gusti Berhijab Disenarai Forbes 30 Under 30 Asia

KUALA LUMPUR – Ahli gusti berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam tujuh daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

Edisi muka depan Forbes, Nor ‘Phoenix’ Diana, 20, yang tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Anak jati Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang.

Selain Nor Diana, Anja Chong, 26, atlet ‘speed skating’ Malaysia yang memenangi empat pingat emas di dalam acara itu di temasya Sukan SEA 2017 dan 2019 turut disenaraikan di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Forbes 30 Under 30 Asia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun, yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi akan datang.

Antara belia Malaysia yang berjaya tersenarai dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun kelima itu ialah Arif Tukiman, 28, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RunCloud, sebuah syarikat pemula teknologi.

Beliau tersenarai dalam kategori Perusahaan Teknologi.


Malaysia mempunyai dua wakil kategori Runcit dan E-Dagang iaitu syarikat RAGE Coffee yang diasaskan bersama oleh Jevin Singh dan Mohamed Afzal serta syarikat Dropee yang diasaskan bersama oleh Lennise Ng dan Aizat Raim.

Kategori Kewangan dan Modal Teroka diwakili oleh Pengarah Pelaburan Kairous Capital, Adrian Hia, 27; Joshua Smith, 29, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi MyPay dan Zac Liew, 28, pengasas bersama dan CEO Curlec.

Yi Hern Chang, 23, Pengasas JomRun dan Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, 30, pengasas bersama Baituljannah pula disenarai di dalam kategori Teknologi Pengguna.

Bagi ketagori Kesenian, diwakili oleh Jason Ooi, 29, pengasas bersama Agrain manakala Ashiwin Vadiveloo, 29, Penyelidik Pasca Siswazah di Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Alga di Murdoch University, Australia tersenarai dalam kategori Sains dan Penjagaan Kesihatan. – BH Online

Kategori