Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga ADUN Chini

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Pahang yang meninggal dunia akibat serangan jantung, awal pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda berdua,” katanya dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin.

Loading...