Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sembilan Pelancong Asing Cedera...

MELBOURNE - Sembilan pelancong asing disahkan antara 19 mangsa yang cedera dalam insiden...

Jangan Hadiri Majlis Diatur...

KULAIJAYA - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan hari ini memberi amaran keras kepada...

M40 Terima Bayaran BPN...

BAYARAN Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua untuk kategori M40 akan...

PM Tiba Di Tawau...

TAWAU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pagi...

Agong Zahir Penghargaan Sokongan Lulus Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi kelulusan Belanjawan 2021, hari ini.

Baginda mengalu-alukan sokongan itu untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan penghargaan kepada ahli Dewan Rakyat yang mendukung titah nasihat baginda pada 28 Oktober lalu untuk memberi sokongan demi kesejahteraan, keselamatan serta kemaslahatan negara.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Sesungguhnya, selain daripada pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat, Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19.

“Selaku Ketua Negara, Al-Sultan Abdullah amat menghormati setiap parti politik yang berdaftar di negara ini. Seri Paduka juga menghargai peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam membela kebajikan rakyat,” katanya.


Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga amat menghargai komitmen dan semangat muafakat serta gandingan bahu setiap pihak kerana ia amatlah penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama.

“Marilah kita sama merenung firman Allah SSWT dalam Sural AnNisa, ayat 85 yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya. Dan sesiapa yang memberi syafaat (bantuan dan pertolongan) yang buruk nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan ingatlah Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan keyakinan penuh terhadap kemampuan kerajaan untuk menerajui pentadbiran negara pada saat negara diuji dengan pelbagai krisis. – BH Online

Kategori