Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jurugambar Meninggal Dunia Di...

SEORANG jurugambar media, Gordon Jack meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugasnya membuat liputan...

Salwa Razak Tak Tahu...

PELAKON dan penyanyi yang popular dengan lagu 'Ahmad', Salwa Razak mendedahkan dirinya telah...

“Peminat Adalah Tulang Belakang...

PENYANYI dari seberang sememangnya cukup gemar memilih Malaysia sebagai lokasi untuk menghiburkan para...

Perjanjian Malaysia 1963: Ada...

KUCHING - Jawatankuasa Perundingan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Speaker...

Agong Titah Jangan Sebar Berita Palsu Koronavirus

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengingatkan rakyat supaya tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan penularan wabak koronavirus tanpa usul periksa.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang sentiasa bersedia mengawal keselamatan dan kesihatan negara.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya hari ini selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima sembah maklum situasi semasa kejadian jangkitan koronavirus di Malaysia pada jam 11 pagi tadi.

Katanya, baginda meluangkan masa satu jam mendengar penerangan mengenai perkembangan penularan wabak tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar kenangan bersama baginda di Istana Negara.

Turut mengadap Yang di-Pertuan Agong ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kategori