Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin ‘No Komen’,...

BERIKUTAN kenyataan Neelofa tempoh hari, pelakon Fattah Amin memilih untuk tidak mengulas lanjut...

Presiden Palestin Gesa PBB...

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Pelan Hadapi Gangguan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyediakan pelan kesiapsiagaan...

Bekalan Elektrik Masih Terputus...

PATTANI - Bekalan elektrik di sebahagian besar wilayah Pattani selatan Thailand masih terputus,...

Agong Titah 1.5 Juta Pekerja, Majikan Patuh SOP Kerajaan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 1.5 juta pekerja dan majikan dalam sektor dan industri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan supaya mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan supaya pekerja dan majikan mengikuti garis panduan ditetapkan bagi sektor masing-masing oleh Kementerian Kesihatan dan agensi penguatkuasaan.

“Setiap majikan dan pekerja dinasihati tidak mengambil sikap sambil lewa dalam mematuhi SOP dan garis panduan ditetapkan untuk mengelakkan pertambahan kluster-kluster jangkitan Covid-19 yang baharu,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara petang tadi, Seri Paduka berkenan mengambil maklum mengenai peranan MITI dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Kategori