Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tulisan Jawi Dalam Buku...

KLANG – Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan pertikaian mengenai cadangan pengenalan...

Liwat: Warga Nepal Dipenjara...

SHAH ALAM - Seorang banduan lelaki warganegara Nepal dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun...

Covid-19 Akan Berakhir Awal...

COPENHAGEN - Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya...

Hanya 15 Peratus Rakyat...

KUALA SELANGOR - Tahap kesedaran dalam mengurangkan bahan buangan menerusi kaedah kitar semula...

Agong Sudah Terima Menghadap 18 Pemimpin Politik

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara, bermula 9 Jun lalu hingga petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata selain pemimpin politik, baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria di Istana Negara, hari ini. 

Dalam sesi menghadap oleh pemimpin parti politik, Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan mereka mengenai pelbagai isu. 

“Perlu dijelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap kalangan pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keperihatinan Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.

“Susulan sesi-sesi menghadap ini, pandangan-pandangan yang telah dimemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok, yang akan bermula pada jam 2.30 petang. 

“Selain daripada itu, beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BH Online

Kategori