Agong Sekali Lagi Bantu Mangsa Kemalangan

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya seorang sultan berjiwa rakyat.

Sebelum ini tular beberapa gambar dan video baginda membantu orang awam yang terlibat dalam kemalangan.

Pagi tadi, Al-Sultan Abdullah sekali lagi mencemar duli dengan dua kali turun dari kereta rasmi baginda bagi memeriksa kenderaan dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

Menurut perkongsian daripada laman rasmi di Instagram Istana Negara, baginda baru pulang dari Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di Putrajaya.

Dalam perjalanan pulang rombongan baginda terserempak dengan dua kemalangan jalan raya iaitu pertama di Cyberjaya dan kedua berhampiran plaza tol di Putrajaya.

Meskipun hujan baginda tetap turun memeriksa keadaan mangsa kemalangan dan bertanya khabar mereka.

Baginda turut menasihatkan mereka supaya berhati-hati memandu dalam cuaca hujan lebat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Loading...