Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesakit Covid-19 Maut Terjun...

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati...

Gangguan Bekalan Air Di...

SEREMBAN - Paip Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terputus di jambatan Sungai Kelamah,...

Kelantan Umum Air Percuma...

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di...

Tarikan Pokok Baobab 149...

SESIAPA yang melalui persimpangan antara Jalan Residensi dan Jalan Macalister di sini, akan...

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara Almarhum Sultan Ahmad Shah

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pusara Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah di Makam Diraja Pekan, Pahang petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua.

Turut berangkat, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, Kuantan. – Sinar Harian

Kategori