Agong, Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Ramadan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Panglima Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka bertitah agar umat Islam mengambil peluang di bulan mulia ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan serta merapatkan hubungan sesama insan.

“Seri Paduka turut bertitah semoga tarbiah Ramadan pada tahun ini dapat mendidik insan supaya merasa dekat dengan Allah dan membina silaturahim sesama manusia sekali gus menyuburkan jiwa kehambaan terhadap Allah SWT,” kata Ahmad Fadil.

Loading...