Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Orb Solutions Terima RM2...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan tentang bayaran khas...

Video: Galaxy Note 7...

KEADAAN di sebuah cawangan Burger King di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini menjadi...

[RASMI] Salahuddin Ayub Menang...

JOHOR BAHRU : Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang kerusi Dewan...

Pelancaran Semula KR1M Khabar...

TEMERLOH - Pelancaran semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dengan beberapa pembaharuan dan...

Agong, Permaisuri Ucap Selamat Menyambut Ramadan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka bertitah agar umat Islam mengambil peluang di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri serta memperbanyakkan ibadah dan amalan serta merapatkan hubungan sesama insan.

“Umat Islam di negara ini di seru mengimarahkan seluruh bulan mulia ini dengan pelbagai bentuk pengisian yang bermakna dan amal soleh yang digandakan berbanding bulan-bulan yang lain.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar umat Islam memperkukuhkan ukhuwah sesama insan dan bersatu hati serta mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling.

“Semoga kehadiran bulan yang mulia ini disambut dengan rasa insaf dan bersyukur di atas ujian serta rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fadil susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tidak menghadiri serta menganjurkan sebarang bentuk majlis sepanjang Ramadan demi keselamatan rakyat.


Seri Paduka turut bertitah agar umat Islam khususnya para petugas di barisan hadapan terus tabah menjalani ibadah puasa di dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Umat Islam dinasihati mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran dan memainkan peranan membantu usaha-usaha pihak berkuasa dengan mematuhi PKP dan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan komuniti.

“Umat Islam juga diseru mengambil peluang meraikan Ramadan bersama keluarga tersayang di rumah masing-masing dan langkah ini dapat membantu menjaga dan melindungi ahli keluarga daripada dijangkiti Covid-19.

“Seri Paduka turut menzahirkan agar umat Islam mengambil keberkatan Ramadan bersama baginda berdua untuk berdoa semoga Malaysia dilindungi dan dirahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera,” katanya.

Kategori