Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

T’ganu Saran Malaysia Ketuai...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu hari ini menyarankan supaya Malaysia mengetuai negara-negara Islam...

Penduduk Kampung ‘Berumah’ Di...

Kuantan - Atas dasar kemanusiaan, Lembaga Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membenarkan penduduk berhampiran...

Penceroboh Israel Bakar Masjid...

RAMALLAH - Penceroboh Israel yang menduduki bumi Palestin malam tadi membakar sebuah masjid...

PKP Secara Pentadbiran Di...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di kawasan...

Agong, Permaisuri Saksi Pertabalan Maharaja Naruhito

TOKYO – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, antara 185 ketua negara dan kenamaan dari seluruh dunia yang berpeluang menyaksikan upacara pertabalan Maharaja Jepun secara langsung di Istana Imperial di sini, hari ini.

Upacara itu bagi pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito yang dimasyhurkan pada 1 Mei lalu, dengan kali terakhir diadakan pada tahun 1990 bagi ayahanda baginda, Maharaja Akihito.

Al-Sultan Abdullah yang mengenakan pakaian seragam Tentera Darat nombor satu, manakala Tunku Azizah berpakaian baju kurung warna merah jambu diiringi Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan ke upacara bersejarah negara matahari terbit itu.

Kehadiran baginda berdua adalah atas jemputan kerajaan Jepun.

Maharaja Naruhito, 59, menaiki takhta selepas Maharaja Akihito, 85, melepaskan kedudukan tertinggi dalam hierarki pemerintahan negara itu atas faktor kesihatan, sekali gus menjadi Maharaja pertama berbuat demikian kerana kebiasaannya pewarisan hanya berlaku selepas kemangkatan.

Pemasyhuran Maharaja Naruhito menandakan permulaan era baharu Jepun, iaitu ‘Reiwa’ yang bermaksud harmoni dan tertib yang mengakhiri era ‘Heisei’ yang bererti mencapai keamanan di bawah pemerintahan Maharaja Akihito.

Upacara yang dinanti-nantikan rakyat Jepun itu berlangsung di dewan paling berprestij dan mengagumkan di Istana Imperial dikenali sebagai Seiden Matsu-no-Ma (Dewan Negara) hanya mengambil masa selama 30 minit, selepas bermula pada 1 tengah hari waktu tempatan (kira-kira 12 tengah hari waktu Malaysia).


Maharaja Naruhito pada upacara itu, mengenakan jubah berwarna jingga gelap yang hanya dipakai oleh Maharaja iaitu ‘gosokutai’ lengkap dengan mahkota ‘ryuei-no-onkanmuri’ menaiki Singgahsana Maharaja.

Maharani Masako yang mengenakan pakaian upacara istana ‘on-itsutsuginu’ yang terdiri daripada jubah lima lapisan diperbuat daripada sutera menaiki Singgahsana Maharani yang disebut sebagai ‘August Seat’.

Langsir berwarna ungu yang menutupi kedua-dua singgahsana itu kemudiannya dibuka serentak dengan paluan gong sebelum Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tampil ke hadapan Maharaja Naruhito.

Maharaja Naruhito kemudiannya menyampaikan titah Maharaja diikuti Abe menyampaikan ucapan tahniah yang diakhiri dengan sorakan ‘Banzai’ sebanyak tiga kali bagi meraikan pertabalan itu, serentak dengan tembakan meriam.

Tamat sahaja sorakan itu, Abe kembali ke tempat duduknya dan langsir kedua-dua singgahsana itu kembali ditutup untuk Maharaja Naruhito dan Maharani Masako berangkat keluar dari ‘Seiden Matsu-no-Ma’ menandakan berakhirnya upacara tersebut.

Kategori