Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kapten Irianto Bersama Keluarganya...

Tiga hari sebelum nahas tragedi pesawat AirAsia QZ8501, Juruterbang pesawat tersebut, Kapten Irianto...

Had Laju Turun 10...

PETALING JAYA – Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak...

Kerajaan Peruntuk RM6.5 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM6.45 bilion bagi program ‘Malaysia At Work’ untuk...

Lelaki Direman Kes Bunuh...

KOTA BHARU - Seorang lelaki direman selama enam hari di Mahkamah Majistret, di...

Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan kebebasan serta- merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 hari ini.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan pengampunan penuh diberikan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar setelah dinasihatkan oleh lembaga pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Ketua Umum PKR itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dan sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – BERNAMA

Kategori