Agong Muncul Di Khalayak Selepas 2 Bulan Berehat

DAULAT TUANKU!… Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di Kota Bharu, Kelantan.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan Kelantan.

Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat fardu berkenaan yang diketuai oleh imam, Ustaz Abdul Bari Abdullah.
 Sebaik selesai solat tersebut, Sultan Muhammad V dan jemaah turut menunaikan solat hajat.

Ini bagi memberkati pemerintahan Seri Paduka Baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...