Agong Mahu Nasib Pekebun Kecil Dibela

YANG di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah mahu nasib pekebun kecil diberikan perhatian bagi memastikan mereka tidak terjejas akibat kejatuhan harga komoditi.

Seri Paduka bertitah, kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah bagi meringankan bebas para pekebun kecil termasuk mempergiatkan penyelidikan dan pemasaran industri agrikomoditi.

“Langkah akan turut dibuat dengan menerokai pasaran baharu serta bekerjasama dengan negara-negara lain supaya dapat menstabilkan harga komoditi.

“Pekebun kecil juga disarankan mempelbagaikan tanamanan dan menerokai tanaman-tanaman lain bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi,” titahnya ketika menyampaikan Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Seri Paduka juga mahu langkah-langkah strategik diambil untuk menangani halangan terhadap minyak sawit negara oleh Eropah. – UTUSAN ONLINE

Loading...