Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ulat Ditemui Dalam Coklat...

SEORANG pengguna laman sosial Facebook, Sasha Lim menjadi tumpuan setelah berjaya memuat naik...

Portal JobsMalaysia 2.0 Tampung...

CYBERJAYA — Portal JobsMalaysia 2.0 yang dilancarkan hari ini boleh menampung sehingga 19...

Bon Jovi Bersedia Gegar...

KUALA LUMPUR - "Gembira untuk berada di sini!" jawab penyanyi utama kumpulan rock legenda...

“Seriously IKEA JB Ke...

GEDUNG IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk Johor akhirnya telah dibuka...

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 10 Hakim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan 10 hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara kepada Datuk Rozana Ali Yusoff yang mengetuai senarai penerima hari ini.

Diikuti sembilan hakim yang lain iaitu Datuk Faizah Jamaludin, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid, Abu Bakar Katar, Hayatul Akmal Abdul Aziz, Wong Chee Lin, Darryl Goon Siew Chye, Ismail Brahim, Dean Wayne Daly dan Celestina Stuel Galid.

Turut menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maarop.


Pelantikan kesemua hakim berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Kategori