Agong Di Masyhur Sebagai Canselor UPNM

PUTRAJAYA – Istiadat Konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-10 sesi pertama hari ini dimulakan dengan pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Tuanku Canselor.

Istiadat pemasyhuran itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dengan menyerahkan Watikah Pemasyhuran kepada baginda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis Konvokesyen UPNM ke-10 bermula hari ini hingga 16 November ini, menyaksikan seramai 969 graduan graduasi dengan seramai 14 graduan Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (41), 229 pegawai kadet dan 325 graduan awam bagi Ijazah Sarjana Muda manakala Diploma, seramai 360 graduan.

Loading...