Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPM Tiba Di K.T’ganu...

HULU TERENGGANU- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Jangan Sebut Nama Azmin,...

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang...

118 Pati Di Tawau...

TAWAU - Sebanyak 118 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan...

Serpihan Roket China Melintas...

Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara...

Agong Berkuasa Untuk Masyhur Ordinan Sepanjang Darurat

KUALA LUMPUR – Beberapa ordinan darurat boleh dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam tempoh darurat bagi tujuan membendung wabak Covid-19 termasuk berkaitan penggunaan hospital dan aset swasta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan merangkumi pengambilan milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan penggunaan sumber hospital swasta, bagi tujuan merawat pesakit Covid 19.

“Kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan yang lebih inklusif daripada swasta termasuk kemudahan penjagaan kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban ditanggung oleh agensi kerajaan terutama hospital awam. 

“Menerusi ordinan ini, bantuan yang boleh diperoleh daripada swasta adalah sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti,” katanya dalam pengumuman khas mengenai darurat yang disiarkan menerusi stesen televisyen, hari ini. 

Muhyiddin berkata, kuasa perlu di bawah ordinan itu boleh juga digunakan untuk memudahkan urusan dan mengatasi apa-apa peraturan yang menyukarkan penyampaian kesihatan awam secara pantas, cekap dan berkesan dalam tempoh pandemik. – myMetro Online

Kategori