Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bandar Indonesia Larang Sambut...

JAKARTA - Sambutan Hari Valentine diharamkan di beberapa bandar Indonesia hari ini ketika...

Lawatan Anwar Ke i-City...

SHAH ALAM - Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pendemokrasian Pendidikan Beri Akses...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kualiti dan akses...

Diplomat Muda Perlu Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Diplomat muda perlu memanfaatkan pengalaman berbilang kaum dan budaya di...

Agong Beri Penghormatan Wira-Wira UAE Yang Gugur

ABU DHABI – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Wahat Al-Karama, sebuah tapak peringatan untuk wira-wira UAE yang telah terkorban, pada hari kedua lawatan khas tiga hari Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Seri Paduka meluangkan masa selama kira-kira setengah jam pada petang Khamis di tapak peringatan itu yang dibina pada 2016 sebagai tanda penghormatan kekal dan peringatan perang bagi menghormati para anggota tentera dan warganegara UAE lain yang telah gugur syahid dan mengorbankan nyawa mereka demi berkhidmat untuk negara.

Lawatan bermula dengan Al-Sultan Abdullah dan Pengarah Urusan Pejabat Syahid, Sheikh Khalifa bin Tahnon Alnahyan, memeriksa Perbarisan Hormat yang terdiri daripada 20 anggota tentera UAE.

Yang di-Pertuan Agong kemudian menyentuh lingkaran bunga di situ dengan kedua-dua tangan baginda sebelum bertafakur seminit sebagai tanda memperingati para wira yang telah gugur.

Sheikh Khalifa bin Tahnon Alnahyan kemudian mengiringi lawatan Seri Paduka sambil memberi penerangan tentang tugu peringatan tersebut yang mana Al-Sultan Abdullah dilihat menganggukkan kepala tanda faham sebelum Seri Paduka menandatangani buku pelawat sebelum berangkat meninggalkan tapak peringatan tersebut.

Kategori