Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Budak ‘Kebal’ Digilis...

SEORANG budak lelaki telah digilis dan diheret oleh sebuah van ketika cuba melintasi...

Alahai… Kesian Dia Tersepit...

SEEKOR anjing peliharaan ditemui tersepit di celah pagar rumah tuannya di Taman Wangsa...

Sultan Nazrin Tegur Mahkamah...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegur perlakuan sesetengah pihak yang...

Apple Perkenal Emoji Terbaharu...

BERSEMPENA Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai lalu, Apple memperkenalkan pelbagai emoji baru...

Agong Berangkat Ke Sambutan Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

Majlis sambutan itu turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Pada majlis itu, Pensyarah Bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2017. Anugerah disampaikan Sultan Muhammad V.

Dr. Muhammad Afifi menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaan.

Ketika ditemui pemberita kemudian, beliau berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai golongan ilmuwan Islam dan ulama daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran ketika di peringkat sekolah menengah dan universiti.

“Dulu ada persepsi bahawa golongan ulama ini adalah pelajar yang gagal di peringkat Siji Pelajaran Malaysia (SPM) atau sekolah menengah.

“Justeru kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi harus memberi galakan kepada pelajar cemerlang untuk memilih jurusan pengajian Islam ke arah melahirkan lebih ramai ilmuwan dan intelektual Islam,” katanya.

Beliau turut meminta golongan ulama dan ilmuan Islam memainkan peranan dalam membersihkan imej Islam yang diberi gambaran buruk oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Dalam pada itu, lapan individu lagi menerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin; Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji di Tabung Haji, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; dan bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Penerima lain ialah Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali; Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy, Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin; Ahli Panel Pemikir Dakwah Negara, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin; Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Datin Dr. Raihanah Abdullah dan ahli astronomi, Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar.

Mereka dipilih berdasarkan kepada sumbangan mereka dalam memperkasakan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. – BERNAMA

Kategori