Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

145 Remaja Terlibat Aktiviti...

MACHANG - Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di...

PAS Cadang Anjurkan Kongres...

KUALA LUMPUR - PAS mencadangkan agar satu kongres kebangsaan dianjurkan untuk meneliti dan...

Bapa Daniel Luah Rasa...

SEBELUM ini dunia dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari...

Jualan Sentuhan Rakyat Berpotensi...

KUALA LUMPUR – Lebih dua juta rakyat mendapat manfaat daripada Program Jualan Sentuhan...

Agong Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, solat hajat dan tahlil di Surau Istana Negara, malam ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis itu pada pukul 7 malam ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis majlis bacaan Yasin, solat hajat dan tahlil itu dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob yang dimulakan dengan solat Maghrib diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan solat Isyak.

Turut berangkat sama dalam majlis itu ialah kerabat-kerabat diraja Pahang termasuk Sultanah Hajah Kalsom.

Kira-kira 250 jemaah lain turut hadir ke majlis berkenaan termasuk pelajar sekolah tahfiz Pondok Moden al-Abaqirah, Gombak. – BERNAMA

Kategori