Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rico Rinaldi Dibidas Kerana...

Bakat Rico Rinaldi dalam bidang fesyen sememangnya tidak dapat dinafi kerana sering menghasilkan rekaan...

Darah Dalam Diri Saya...

KUCHING - "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan...

3 Anggota Tentera Direman...

SIBU – Tiga anggota tentera dari sebuah kem tentera di sini ditahan reman...

Pemukiman Dekatkan Pemimpin Dengan...

PADANG RENGAS - Program pemukiman Menteri Besar Perak merupakan pendekatan yang sangat berkesan...

Agong Bangga 2 Pelajar Malaysia Dipilih Ke Harvard College

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.

Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur yang bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.

Seri Paduka turut menzahirkan suka cita dan bangga atas pencapaian cemerlang kedua-dua pelajar berkenaan yang juga antara 1,968 pelajar terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.

“Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa,” titah Seri Paduka dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Seri Paduka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.


Kedua-dua pelajar cemerlang itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi adalah lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Sementara, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.

Selain kehebatan dalam bidang akademik, Jarell juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019 dalam acara Dancesport, bertanding di Olimpik Matematik Pasifik Asia dan bersaing dalam kejohanan catur antarabangsa.

Sementara, Muhammad Hamdi adalah seorang pendebat yang juga telah memberikan tuisyen kepada pelajar sekolah menengah dengan sering membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai isu masa kini. – BERNAMA

Kategori