Agong Bakal Ada Kuasa Isytihar ‘Kawasan Keselamatan’

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Yang di-Pertuan Agong bakal mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.

Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri.

Pindaan Akta MKN 2016 itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan menurut Mohamed Hanipa, pindaan itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini.

Menurut rang undang-undang yang diedar kepada media hari ini, peruntukan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong itu terkandung dalam Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 18 Akta MKN (Akta 776) itu.

“Seksyen 18 (1) dipinda bagi menggantikan perkataan ‘Perdana Menteri’ di mana-mana jua terdapat dengan perkataan ‘Yang di-Pertuan Agong’,” kata rang undang-undang itu.

Loading...