Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Implikasi Pengeluaran KWSP Mungkin...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengulangi pendirian berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Keperluan Kaum Cina Terus...

MIRI - Keperluan kaum Cina terus mendapat perhatian kerajaan apabila peruntukan RM500,000 disediakan...

Padah Cuba Mencuri, Wanita...

SEORANG wanita berusia 40 tahun menerima habuan di atas cubaan mencurinya apabila dimalukan...

Rakan Tolong Tuntut Gelaran...

Tashkent - Rakan seorang wanita Uzbekistan yang meninggal dunia beberapa hari lalu mendakwa...

Agong Akui Gol Goulon Wajar Dicalonkan Ke Puskas

KUALA LUMPUR – Jaringan menarik pertahanan import Pahang, Herold Goulon ketika membantu kejayaan 3-1 Tok Gajah ke atas Perak pada aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur semalam turut mendapat perhatian Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Menurut jurugambar rasmi istana, Abdul Rahim Othman, Seri Paduka Al-Sultan Abdullah amat mengagumi jaringan berkenaan dan mengakui ia patut dihantar bagi pencalonan Anugerah Puskas 2019 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Baginda menyuarakan pandangan tersebut kepada Abdul Rahim ketika baginda berjalan menuju ke pesawat peribadi di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan pagi tadi.

“Ketika mengiri baginda ke pesawat bersama-sama pegawai lain, Seri Paduka bertanya kepada saya: Haji Rahim…Kamu tengok bola semalam?

“Tuanku kemudian memberitahu bahawa gol ketiga itu memang cantik sambil mengangkat ibu jarinya sambil bertitah bahawa gol berkenaan layak dicalonkan bagi Anugerah Puskas,” kata Abdul Rahim dalam hantarannya di media sosial hari ini.

Tambah Abdul Rahim, beliau hanya sempat berbual sedikit sahaja dengan baginda kerana tidak mahu melanggar protokol Diraja.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka Yang Di-pertuan Agong yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan berkongsi minatnya dalam sukan berkenaan.

“Walaupun sentiasa sibuk selaku ketua negara dan menggalas tugas sebagai YDP Agong, minat terhadap sukan bola sepak dalam diri baginda jelas tidak boleh dipisahkan,” ujarnya lagi.


Difahamkan, FAM ketika ini bersedia membincangkan gol Goulon tersebut bersama Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk dicalonkan ke Anugerah Puskas jika mendapat persetujuan daripada pemain dan persatuan berkenaan.

“Secara peribadinya saya sendiri melihat gol berkenaan cantik dan sesuai untuk dihantar permohonan agar tercalon dalam Anugerah Puskas.

“Perkara pertama yang saya akan bincangkan esok di FAM adalah berkenaan gol Goulon bersama bahagian teknikal.

“Seterusnya kami bakal mendapatkan persetujuan bersama PBNP dan Goulon sebelum menghantar permohonan kepada FIFA.

“Jika segalanya berjalan dengan baik, FAM akan kemukakan permohonan berkenaan pada hari Selasa ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Jika dicalonkan, ia bakal menyaksikan pencalonan kedua daripada pemain dalam Liga Malaysia yang bertanding dalam anugerah tahunan FIFA tersebut selepas kejayaan Faiz Subri merangkulnya bagi edisi 2016.

Kategori