Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Tetap Mahu Wan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berganjak dengan keputusan mencalonkan...

Lap Najis Guna Tisu...

PAKAR memberi amaran bahawa tisu tandas tidak membantu langsung dalam membersihkan najis walaupun...

Tengkorak Milik Bekas Anggota...

Kuala Lumpur - Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat...

Suspek Buat Seks Di...

Susulan kes pasangan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominium di Bangsar baru-baru...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat elak daripada perjuangan komponennya, DAP menerusi gagasan Malaysia Baharu yang dilihat lebih cenderung ke arah perjuangan parti itu.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan hal tersebut berikutan pengumuman kerajaan berhubung penawaran khas kemasukan 1,000 pelajar Cina ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

“Saya kira bahawa dalam suasana kerajaan PH yang jadi Kerajaan Persekutuan sudah hampir dua bulan ini, mereka ada agenda yang sesuai dengan dasar Malaysia Baharu yang diketengahkan salah satu parti (dalam komponen PH) yang disebut Malaysia Baharu dalam konteks apa yang diperjuangan DAP.

“Jadi saya nampak, lebih banyak dasar yang akan diketengahkan (kerajaan PH) nanti, mereka tidak dapat mengelak daripada apa yang diperjuangkan parti komponen mereka iaitu DAP,” katanya pada akhbar tempatan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Lim Kit Siang.

Mengulas lanjut, Mahadzir memberitahu, Kerajaan PH sepatutnya perlu mengutamakan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 153 iaitu hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

“Kita tidak sebut mesti perjuangkan untuk orang Melayu dan bumiputera tetapi yang termaktub dalam Perlembagaan perlu menjadi keutamaan kerajaan. Bukan bermakna kita menafikan keterlibatan kaum lain dalam negara ini.


“Saya boleh katakan semua elemen sudah ada, sama ada ekonomi, pendidikan, kebudayaan, politik yang memperlihatkan semua kaum terlibat tapi dalam Perlembagaan ada menyebut mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

“Kalau tidak mahu pergi jauh (melaksanakan dasar), tapi yang utama kita perlu menghormati yang termaktub dalam Pelembagaan,” ujarnya. – Mynewshub.tv

*Video sekadar hiasan…

Kategori