Agak Ron95 Turun Berapa Sen Lepas Rakyat Desak?

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan sistem penetapan harga runcit produk petroleum esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata keputusan penetapan sistem harga itu telah dibuat kabinet pada mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Kurang daripada 24 jam, kami akan membuat pengumuman dan kita hanya perlu menunggu. Kira-kira harga itu dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan kemudian akan dimaklumkan kepada KPDNHEP.

“Dan ssebelum diumumkan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Majlis Pelancaran Kempen Ong Mali 2019 oleh Tesco Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata ketetapan sistem harga runcit itu telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk dilaksanakan.

Kerajaan menerusi MOF pada 23 Dis lepas mengumumkan mulai 1 Januari 2019, harga bahan api termasuk RON95, akan mula diapungkan secara mingguan.

Sistem apungan mingguan yang sepatutnya bermula pada 1 Januari itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan antaranya kerana perlu kaji pandangan pengusaha stesen minyak berhubung sistem penetapan harga runcit baharu.

Buat masa ini, RON95 berharga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan akan mengumumkan harga kawalan bagi musim perayaan Tahun Baru Cina dalam masa terdekat. – BERNAMA

Loading...