Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPM Arah KPN Lebih...

PUTRAJAYA - Perbuatan terbaharunya sengaja tunjuk gambar menerusi Facebook sedang guna kertas yang...

Penjenayah Tahi Kucing

SEREMBAN - Seorang penjenayah menggigil ketakutan apabila ditahan ketika merompak sebuah rumah di...

Pogba Akui Bakal Tinggalkan...

PAUL Pogba mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester United pada Januari 2019. Hubungan pemain tengah...

Majoriti Setuju GST Wajar...

SHAH ALAM - Lebih ramai bersetuju dengan cadangan supaya cukai barang dan perkhidmatan...

Afifah Perli Bella Ke Genting Highland?

TAK sudah-sudah lagi ke isu Afifah Nasir dengan Bella Astilah ni? Kali ni siapa pula yang pergi karoke?

Kelmarin Afifah bikin panas lagi sekali. Tak sudah dengan isu karoke, sekarang isu perli pula dah naik. Dengarnya Afifah perli Bella dalam posting Instagram dia? Dah kenapa nak perli perli pula ni? Betul ke ni? Atau kebetulan je?

Baru-baru ni Bella ada memuat naik satu Insta story ketika dia dan keluarganya ingin bercuti ke Genting Highland. Tapi yang tak bestnya, Afifah pun ada post satu gambar kat Instagram dengan kapsyen yang seakan-akan memerli Bella.

Afifah Perli Bella Ke Genting Highland?

Ramai juga netizen yang menganggap bahawa hashtag yang digunakan oleh Afifah ni ada kena mengena dengan Bella yang sedang dalam perjalanan ke Genting. Betul ke? Hashtag yang digunakan Afifah ialah #gentingbukanlondon dan #takpayahpakaitebal2sis.

Sejak isu karoke tu, nama Afifah ni dah selalu sangat naik dekat mana-mana saja. Tak cukup dengan tu, macam macam kecaman yang dia terima.

Ikutkan kapsyen yang Afifah tulis tu katanya dia memakai baju dress merah jenama Joie Mie rekaan Jasmine Chua ke Genting Highland kelmarin. Dan dia turut mengatakan bahawa cuaca di Genting tidak sejuk dan kononnya baju yang dipakainya itu yang buatkan dia berasa hangat. Ehh yeke ni?

Takkan pakai macam tu boleh tahan sejuk? Kalau tengok betul-betul, dekat bahagian dalam baju tu ada sepasang mini skirt di paras atas lututnya. Hebatnya Afifah dapat tahan sejuk!


Bella nampaknya dah tak mudah melatah macam sebelum ni. Dia pun dah jadi lebih matang dah mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya mendiamkan diri mengenai isu yang tengah panas ni.

Dekat dalam Insta story Bella pun dia ada tulis “Pergi Genting simple2 sis sebab bukan pergi Genting Fashion Week.”

Netizen pun bukan main seronok sangat nak kecam Afifah dekat ruangan komen gambar tu kan. Tapi nampaknya Afifah dah penah dengan kecaman yang diterimanya sejak memuat naik gambar tersebut. Harini dia sudah pun menutup ruangan komen dia Instagram miliknya.

Atau mungkin sebenarnya semua ni kebetulan sahaja. Tak ada kena mengena dengan isu sindir menyindir kan. Biasalah bukan sahaja seorang dua yang pergi ke Genting. Mungkin kebetulan mereka berdua pergi ke destinasi yang sama. Jadi Afifah pun kebetulan buat kapsyen macam tu kan.

Sebab tu orang kata kalau nak buat apa-apa, kena berjaga-jaga dulu. Bukan apa, memang kita tak ada tujukan pada sesiapa. Tapi orang yang membaca akan faham maksud yang lain pula. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori