Afdlin Shauki, Altimet Sertai PKR

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR.

Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar di sebuah hotel di Ampang, di sini, malam ini.

Anwar kemudian menyerahkan kad keahlian parti itu kepada mereka. – BERNAMA