ADUN Guar Chempedak Keluar UMNO

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail membuat keputusan untuk keluar UMNO dan menjadi ADUN bebas.

Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Ahmad Kassim pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini

Ahmad Kassim berkata, Ku Abdul Rahman menyerahkan surat memaklumkan beliau telah keluar UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas.

“Sehubungan itu, kerusi beliau (dalam sidang DUN Kedah) diubah,” katanya.

Ku Abdul Rahman hadir pada persidangan DUN tersebut. – K! ONLINE