Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Benar Sungguh Naluriku –...

Naluri seorang isteri bagaikan dapat menjangkakan apa yang berlaku, begitulah yang dirasai aktres...

Tiada Pemansuhan Topik Mata...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah...

Filem Pekak Tidak Dilulus...

SETELAH kejayaan merangkul dua anugerah di Rusia, filem Pekak terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd....

Polis AS Tahan 11...

MIAMI - Seramai 11 lelaki Florida ditahan, termasuk kakitangan Disney dan Legoland serta...

ADUN Gadek Mengaku Tak Bersalah Sokong LTTE

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menggunakan aplikasi Facebook.

G Saminathan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

“Minta dibicarakan,” kata Saminathan selepas Hakim Muhammad Jamil bertanya sama ada dia mengaku bersalah ataupun minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Dia didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama “Gsami Nathan Siva“ di Pejabat Pegawai, Bahagian E8 (M) Cawangan Khas, Bukit Aman di sini pada 9.30 malam, 8 Oktober 2019.

Saminathan dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh mempunyai kes lain berkaitan LTTE di Mahkamah Tinggi berasingan.

“Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 11 Februari untuk sebutan kes, sehubungan itu saya memohon tarikh sama di mahkamah ini.


“Dalam masa sama, pihak pendakwaan akan membuat permohonan untuk menentukan mahkamah mana yang akan mendengar kes ini,” katanya.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 11 Februari untuk sebutan kes Saminathan yang diwakili peguam Harshaan Zamani.

Pada 20 Januari lepas Saminathan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki item dan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas LTTE selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Dia dituduh memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka pada jam 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 November, 2018 dan satu pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas itu di dalam sebuah telefon bimbit di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri, di Melaka pada 10.25 pagi, 10 Oktober 2019.

Kategori