Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Iskandar Malaysia mencatatkan...

Video: 17 Jahitan Angkara...

TAK pasal-pasal...sikap tidak bertanggungjawab penghuni pangsapuri yang membuang barang dari tingkat atas telah...

Banjir Lumpur Kali Kedua...

BENTONG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan akan berlaku...

Repvblik Band Pilih Hard...

PETALING JAYA - Kumpulan daripada Indonesia, Repvblik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi...

ADUN DAP Hina Tok Lebai, Kecoh Sidang DUN Selangor

SHAH ALAM – Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan menggunakan perkataan ‘Tok Lebai’ yang menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahas usul junjung kasih titah Sultan Selangor, menyebut ‘Tok Lebai’ merujuk individu tertentu konon menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Beliau dengan biadap menegur ‘Tok Lebai’ tersebut dalam ucapannya berkaitan rasuah dan penyelewengan sambil menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori undang-undang.

“Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah adalah serius dan mungkin menjejaskan iklim pelaburan kepada negara, akibat pentadbiran kewangan yang agak lemah displin dan sarat dengan penyelewengan.

“Ada ‘Tok Lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB sudah lapuk,” kata Weng San secara umum tanpa menamakan mana-mana individu daripada parti tertentu namun jika difahami ia boleh merujuk kepada PAS.

Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur ucapan wakil DAP itu untuk tidak menggunakan perkataan tersebut lagi sebab panggilan rujukan sedemikian seolah-olah hina agama Islam.

“Sebut dua hingga tiga kali ‘Tok Lebai’, apa maksud ‘Tok Lebai’? Apakah mahu hina agama Islam atau tuju kepada siapa? Ulama? Ahli majlis fatwa? Itu imej yang baik untuk orang Islam. Tarik balik perkataan itu,” kata Sulaiman.

Wakil BN itu menambah: “Dalam agama Islam, ‘Tok Lebai’ sering dirujuk kepada tokoh agamawan, selain ahli cendekiawan dalam bidang hal ehwal agama dan paling tidak pun Tok Imam di kebanyakan surau atau masjid.”

Namun, Weng San dengan angkuh bertegas tetap enggan menerima teguran baik daripada Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tegang ‘bertikam lidah’ ketika sesi perbahasan tersebut.

Baca: ‘Pakai Tok Lebai Perangai Hodoh!’ – Kata Azmin

Juga: Azmin Anggap Pemimpin PAS Bertaraf Tok Lebai

Timbalan Speaker DUN, Mohd. Shafie Ngah (PAS-Bangi) bersetuju dengan Sulaiman dan meminta Weng San agar segera menghentikan penggunaan gelaran Tok Lebai itu dalam ucapannya sebelum meneruskan perbahasan.


Weng San kemudian akur dan kemudian meminta maaf jika tindakan tersebut mungkin menyinggung perasaan umat Islam: “Saya mohon maaf sekiranya perkataan ‘Tok Lebai’ menyinggung perasaan mana-mana pihak.”

Ditemui di luar DUN, Sulaiman berkata, penggunaan gelaran ‘Tok Lebai’ oleh ADUN DAP dalam ucapan yang dianggap “tidak ada haluan” itu sudah dianggap keterlaluan serta boleh menghina maruah masyarakat Islam.

“Saya nak tegur DAP yang guna perkataan ‘Tok Lebai’. Dalam agama Islam, dan kadang-kadang orang Melayu, ‘Tok Lebai’ merujuk agamawan, iaitu orang dihormati sebagai guru agama, ahli agama, paling tidak pun tok imam.

“Tetapi apabila dia guna bidasan ‘Tok Lebai’ dengan hujah yang saya rasa dia sendiri pun tiada haluan, ini jelas satu bentuk penghinaan kepada orang Islam,” terang Sulaiman yang juga terkejut dengan tindakan Weng San itu.

Istilah ‘Tok Lebai’ mula menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai ‘Tok Lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor.

“Ada Tok Lebai hendak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun dia kalah tersungkur,” kata sinis Timbalan Presiden PKR itu yang kemudian teruk dikecam oleh pelbagai pemimpin PAS Selangor dan Pusat sebagai tidak wajar.

Ia nyata merujuk kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang diketahui lantang kritik PKR tetapi kalah dalam pemilihan jawatan parti di satu kawasan di Kelantan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori