Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Populariti Bukan Alasan Ayda...

PETALING JAYA - Pelakon Ayda Jebat menjelaskan dia tidak akan menaikkan bayaran lakonannya...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat...

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas...

Selangor Bentang Belanjawan 2019...

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor, hari ini membentangkan Belanjawan berjumlah...

Unik! Band Metal Perancis...

Kalau di Malaysia, sebut sahaja Mutiara Damansara, pasti terus teringat akan beberapa tempat...

ADUN Chenderoh, 10 Ahli UMNO Cedera Nahas Di Tapah

IPOH – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh serta 10 anggota UMNO yang dalam perjalanan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur terselamat dalam kemalangan di KM 329 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah di sini hari ini.

ADUN Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor, 62, dan sembilan mangsa lain termasuk pemandu kereta Proton Exora mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Tapah manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital di Ipoh kerana mengalami kesukaran bernafas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam insiden kira-kira pukul 6.20 pagi ini, Zainun yang memandu kenderaan pacuan empat roda Honda CRV membawa tiga penumpang perempuan manakala kereta Proton Exora dinaiki dua penumpang lelaki dan lima penumpang perempuan.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan batu forselin dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu terbabas di tengah lebuh raya sebelum dilanggar dua kenderaan terbabit.


“Dalam insiden itu, pemandu lori serta 11 mangsa yang menaiki kereta Honda CRV dan Proton Exora mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

Kategori