Adlin: Salah Guna Nama, Saya Dijadikan Kambing Hitam

SEBELUM ini, Adlin Aman Ramli telah ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan dengan kes penipuan pelaburan hartanah melibatkan wang berjumlah hampir RM500,000.00 dan dia telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Sabtu lalu.

Semalam, Adlin tampil membuat satu sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar dan mendakwa namanya telah disalah guna untuk mempromosikan skim pelaburan syarikat tersebut.

“Saya mengenali beberapa individu yang dikatakan terbabit dengan skim penipuan itu dan saya kecewa nama saya disalah gunakan sehingga saya ditahan polis.

“Pada Rabu lalu polis membawa saya ke Bukit Aman dan saya berasa dijadikan kambing hitam dan kes penipuan ini.

“Saya membuat sidang media ini untuk menjelaskan perkara sebenar dan saya akan terus memberikan kerjasama dengan pihak polis supaya penipuan besar ini dapat diselesaikan,” katanya kepada Harian Metro. – MYNEWSHUB.CC

Loading...